LAGU BANGSA JOHOR

ALLAH peliharakan Sultan,
Anugerahkan dia segala kehormatan,
Sihat dan ria, kekal dan makmur,
Luaskan kuasa,
Menaungkan kami,
Rakyat dipimpini,
Berzaman lagi,
Dengan mereka bersatu hati,
ALLAH berkati Johor,
Allah selamatkan Sultan.

SEKOLAH KEBANGSAAN ST JOSEPH, JOHOR BAHRU

Lagu-lagu

Home | Maklumat Asas Sekolah | Pentadbir | Pihak Pengurusan | Guru & Staf Sokongan | Pencapaian Sekolah | Gambar aktiviti | Lagu | Peperiksaan | Pelan Tindakan PIPP | Kalendar | Aktiviti Sekolah | Aktiviti Sekolah Terkini | Peta | Pautan | Hubungi Kami | Enrolmen Murid

Lagu-lagu Negara & Sekolah (National Anthem & School Songs)

LAGU SEKOLAH

Sekolah Rendah Kebangsaan Saint Joseph
 
Oh sekolah yang tercinta,
Amal bakti yang sempurna,
Harapan ibu dan bapa,
Mencapai cita-cita.
 
Keberanian, kegigihan,
Ketabahan hati mulia,
Itulah cogan katanya,
SSJ yang berjasa.
 
Chorus:
Pendidikan disemaikan,
Demi masa depan,
Budaya dan sukan,
Kami tetap kan kekalkan.
 
Pada guru yang tercinta,
Kami tetapkan setia,
Berani, gigih dan tabah,
Untuk bangsa dan nusa.
 
Dicipta Oleh:
Tuan Syed Abdullah b. Syed Mohamed

NEGARAKU

NEGARAKU
Negaraku,
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup bersatu dan maju,
Rahmat bahgia Tuhan kurniakan,
Raja kita selamat bertahta,
Rahmat bahagia Tuhan kurniakan,
Raja kita selamat bertahta.

BAHASA JIWA BANGSA
 
Gunakanlah bahasa kebangsaan kita
Marilah amalkan ramai-ramai
Bahasalah menyatukan kita semua
Yakinlah bahasa jiwa bangsa
 
Marilah mari rakyat semua
Buktikan taat setia
Dengan satu bahasa
 
Majulah bangsa maju negara
Megahkan bahasa kita
Bahasa jiwa bangsa
 
 

SEKOLAH KEBANGSAAN ST. JOSEPH, JOHOR BAHRU, MALAYSIA