SEKOLAH KEBANGSAAN ST JOSEPH, JOHOR BAHRU

Maklumat Asas Sekolah

Home | Maklumat Asas Sekolah | Pentadbir | Pihak Pengurusan | Guru & Staf Sokongan | Pencapaian Sekolah | Gambar aktiviti | Lagu | Peperiksaan | Pelan Tindakan PIPP | Kalendar | Aktiviti Sekolah | Aktiviti Sekolah Terkini | Peta | Pautan | Hubungi Kami | Enrolmen Murid

MOTTO SEKOLAH
 
KEBERANIAN       KEGIGIHAN        KETABAHAN

SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN SAINT JOSEPH, JOHOR BAHRU

Sejarah penubuhan Sek.Keb.St.Joseph bermula pada tahun 1936, selepas kedatangan Rev.Father Lee ke Johor Bahru. Keperluan sekolah Cina bagi kanak-kanak katholik yang tinggal berhampiran gereja telah mendesak beliau membuat pelbagai hubungan luar dan akhirnya beliau telah dibenarkan untuk menggunakan hasil yang diperolehi ladang getah kecil kepunyaan Para Mubaligh di Plentong untuk membina sebuah bangunan satu tingkat yang mempunyai lima buah bilik darjah di kawasan gereja. Bangunan tersebut siap dibina pada tahun 1938 dengan kos sebanyak $7,000 (dollar). Sekolah tersebut telah dibuka pada bulan Januari 1939 dan seramai 100 orang kanak-kanak telah mendaftar seterusnya mengikuti kelas yang dijalankan. Pada tahun 1950, Rev.Father Lee telah ditukarkan dan digantikan oleh Rev.Father Chin. Pada tahun berikutnya beliau telah memulakan Sekolah Inggeris Persendirian di sebelah tengah hari dengan hanya dua buah kelas sahaja. Rev.Father Chin kemudiannya menghadapi satu masalah iaitu untuk menyediakan kemudahan asas bagi semua pelajar-palajarnya. Satu pasar ria telah dianjurkan untuk meraih wang derma bagi pembinaan bangunan baru. Dalam bulan Julai 1851, sebuah blok baru yang mempunyai lima buah bilik darjah telah dibina sejajar dengan bilik pertama. Kos pembinaan bangunan baru ini telah mencecah $12,000 (dollar). Ianya telah dirasmikan oleh Rev.Father Goh pada 2 Julai dengan seramai 200 orang murid di Sekolah Cina dan 100 orang di Sekolah Inggeris. Pada tahun 1954,pendaftaran ke Sekolah Inggeris kian meningkat dan kemudahan asas jelas menimbulkan masalah. Murid-murid Sekolah Cina telah dipindahkan ke sesi tengah hari dan murid-murid Sekolah Inggeris ke sesi pagi. Pengurusan sekolah telah menjadi lebih sukar dan Jajahan Paderi dan Brother telah diperkenalkan untuk mengambil alih pentadbiran sekolah-sekolah ini. Pada tahun 1955, Bro Elzear telah dilantik sebagai Pegarah Sekolah Inggeris. Beliau merupakan pengasas, penaung, pengerak dan perancang kepada perkembangan masa depan dan kemajuan Sekolah St.Joseph. Pada bulan November 1955, pendaftaran ke Sekolah Inggeris telah meningkat kepada 360 orang murid. Dua buah kelas telah diberi bantuan manakala tujuh buah kelas yang lain dijalankan secara persendirian dan permohonan untuk kemasukan semakin meningkat. Setahun kmeudian, bilangannya mencecah kepada 450 orang murid yang belajar di dalam tiga buah kelas bantuan dan lapan buah kelas persendirian. Beratus-ratus permohonan yang diterima dari tempat sejauh Kluang terpaksa ditolak memandangkan masalah kemudahan asas. Rev Bro.Elziar tiada pilihan lain kecuali membina sebuah bangunan baru. Beliau menggunakan tenaga muda beliau untuk melaksanakan kerja-kerja pembinaan bangunan tersebut. Langkah pertama dan bukan yang paling mudah adalah untuk membebaskan kawasan gereja yang didiami oleh segelintir penduduk setinggan tentang keadaan yang sebenar. Selepas kejayaan pertama, beliau menubuhkan Jawatankuasa Tabung Bangunan dan telah menemui orang-orang Kehormat di kawasan tersebut.Men.Jen.H.H.Sir Ibrahim Almarhum Sultan Johor, telah bermurah hati membuat sumbangan peribadi sebanyak $5,000 (dollar) bagi cadangan penambahan tersebut. Berbekalkan modal awal tersebut, Jawatankuasa Tabung Bangunan telah menganjurkan satu pasar ria. Aktiviti ini telah berjaya mengumpul modal sebanyak $41,000 untuk menyediakan kemudahan asas dan menampung pertambahan jumlah murid. Dalam tempoh yang sama, keputusan yang baik di dalam Peperiksaan Darjah Enam merupakan satu propaganda yang terbaik dan pengumpulan permohonan baru ke St.Joseph dipertimbangkan. Pada penghujung tahun 1957,Rev.Bro.Elziar telah ditukarkan ke Muar dan pentadbiran St,Joseph telah diambil alih oleh Rev.Bro.Noel. Beliau telah meneruskan perancangan yang dibuat oleh Rev.Bro.Elzear yang telah mengubah wajah St.Joseph. Sebuah blok baru sepuluh bilik darjah ,sebuah bilik guru,tandas dan sebuah kantin telah dibina untuk menampung keperluan pada masa itu. Pada tahun 1962,Tabung Khas Pembangunan Kedua telah dilancarkan dan dengan sokongan serta sumbangan orang ramai , pihak sekolah telah dapat membina sebuah blok tiga tingkat mengandungi dua belas buah bilik darjah dan sebuah tandas. Pada tahun 1972, sebuah bilik muzik,bilik agama,makmal sains, dan sebuah klinik gigi telah ditambah di bangunan yang sama. Pada tahun 1975, pihak sekolah telah membina blok tambahan yang memuatkan sebuah pejabat,bilik guru, dan perpustakaan yang baru. Bilangan murid pada tahun 1980 telah meningkat sehingga 12000 orang. Namun begitu, pada tahun 1987, SK.St.Joseph telah diletakkan di bawah kawalan Pejabat Pendidikan Daerah dan bilangan murid telah dikurangkan daripada 1200 orang murid kepada 850 orang murid sahaja untuk mengurangkan kesesakan dan meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Pada tahun 2000, SK.St.Joseph mempunyai dua puluh enam buah bilik darjah dengan seramai 783 orang murid,empat puluh dua orang guru dan lima orang kakitangan sokongan. Dalam perjalanan selama 45 tahun, kini SK.St.joseph telah berjaya menempa nama sebagai salah sebuah sekolah rendah terbaik di Daerah Johor Bahru. Kami yakin dengan izin Tuhan, SK.St.Joseph,akan terus menju kecemerlangan dan menjadi sebuah sekolah terunggul di daerah ini hendakNya. (2) Sekolah St. Joseph telah dibina 50 tahun yang lalu di tengah-tengah Bandar Johor Bahru. Ianya telah dibina dan ditadbir oleh pihak Gereja Pariest. Sekolah yang ditadbir itu ialah sebuah Sekolah Swasta Inggeris. Pada ketika itu, terdapat hanya mempunyai 5 buah bilik darjah sahaja. Father Lee dan Rev. Father Chin adalah dua orang yang pertama bertanggungjawab mentadbir sekolah ini.
Pada tahun 1955, Brothers of St. Gabriel telah mengambil alih pentadbiran sekolah ini. Walaupun mereka telah menubuhkan beberapa buah sekolah di Singapura, The Boys Town Trade School (sebagaimana ia dikenali waktu itu), namun sekolah ini adalah merupakan sekolah yang pertama mereka bina di Malaysia.
Jumlah murid di Sekolah Swasta Inggeris berjumlah 92 orang dan 3 orang guru pada ketika itu. Pengarah pertamanya adalah Rev. Bro. Elzear (dikenali sebagai Rev. Bro. Roberge sekarang). Beliau merupakan pengasas, penaung, penggerak dan perancang perkembangan masa depan dan kemajuan Sekolah St. Joseph. Beliau telah menjadikan sekolah ini sebagai salah sebuah institusi yang unggul di Johor Bahru.
Pada peringkat awal dari tahun 1995 dan seterusnya, pihak pentadbiran sekolah telah mentadbir kelas-kelas rendah, kelas-kelas swasta Inggeris, sekolah menengah, kelas-kelas bahasa Cina dan juga tadika dalam bangunan yang sama. Pihak sekolah telah menjalankan usaha-usaha mengutip derma serta sumbangan bagi menampung perbelanjaan pembesaran sekolah untuk menampung pertambahan jumlah murid.
Pada tahun 1957, sebuah blok 10 bilik darjah, sebuah bilik guru, tandas dan kantin telah dibina untuk menampung keperluan penuntut-penuntut yang semakin bertambah.
Pada tahun 1962 pula, sebuah lagi tabung telah diwujudkan dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ibu bapa dan orang ramai. Dengan kutipan tersebut, sekolah telah mendapat membina sebuah blok 3 tingkat yang mengandungi 12 bilik dan tandas, yang ada pada masa ini digunakan oleh sekolah rendah. Kelas-kelas ini digunakan untuk sesi pagi dan sesi petang. Pada tahun 1972, sebuah bilik Muzik / Agama, Makmal Sains dan Klinik Pergigian telah diadakan di bangunan yang sama.
Pada tahun 1975 pula satu tingkat telah ditambah pada blok Sekolah Cina dengan kerjasama ketiga-tiga sekolah tersebut. Sebuah pejabat baru, bilik guru dan perpustakaan sekolah telah ditempatkan di tingkat ini.
Pada tahun 1987, sekolah menengah telah berpindah ke kawasan yang lain, maka tinggallah 2 buah sekolah yang ada sekarang ini yang berkongsi bangunan dengan sempadan-sempadan yang tertentu. Keadaan fizikal menjadi lega sedikit. Dewan mini sekarang telah dikongsi bersama dengah Sekolah Cina. Dengan demikian sebahagian kecil sahaja dewan sekolah telah berfungsi sebagai tempat untuk kegiatan sekolah.
Sokongan dan kerjasama selama 50 tahun ini yang telah dilakukan membolehkan SRK St. Joseph berkembang dan terus maju ke tahap yang lebih baik.
Dengan keizinan Tuhan dan berbekalkan semangat yang waja, kami bertekad akan menjalankan tugas kami dengan amanah dan bersungguh-sungguh supaya sekolah ini akan melahirkan murid-murid yang cemerlang dan dengan ini kami yakin SRK St. Joseph ini  akan muncul sebagai salah sebuah sekolah yang membanggakan di negara ini.

OBJEKTIF SEKOLAH
 
  • Menyediakan dan memberi pendidikan yang terancang dan berkualiti untuk memenuhi keperluan pasaran global.
  • Memastikan tenaga pengajar berkualiti tinggi dari aspek keilmuan, kemahiran dan sikap.
  • Mencapai kecemerlangan dalam bidang kurikulum,kokurikulum,disiplin,sahsiah serta mahir dalam ICT selaras dengan kehendak sekolah dan negara.
  • Mewujudkan persekitaran yang hormoni dan kondusif untuk membolehkan murid-murid mencapai perkembangan intelek,rohani,emosi dan jasmani.

VISI SEKOLAH
 
Sekolah Kebangsaan Saint Joseph terus cemerlang dalam semua bidang pada tahun 2010

MISI SEKOLAH
SKSJ akan mendidik dan menjadikan murid sekolah ini individu yang cemerlang dalam bidang kurikulum,kokurikulum dan tinggi nilai akhlaknya.  Sekolah juga akan menyediakan suasnana pengajaran dan pembelajaran yang sempurna dan kondusif.

SEKOLAH KEBANGSAAN ST. JOSEPH, JOHOR BAHRU, MALAYSIA